| Profail |
|
|
|
| Written by admin admin | |
| Saturday, 06 September 2008 | |
|
PENGENALAN
Sahabat Interaktif Malaysia (atau ringkasnya SIM) ditubuh dalam tahun 2004 selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang menjadi paradigma kayu pengukur mutakhir ini. Bermula dengan hanya kumpulan kecil yang berkomunikasi secara maya, kini SIM boleh berbangga dengan himpunan sahabat yang melebihi 8,000 orang, yang menjalankan pelbagai aktiviti termasuk sukan, pelajaran dan kemasyarakatan.
AKTIVITI SIM
Program-program yang telah dijalankan oleh SIM sebagai pertubuhan sosial adalah terbahagi kepada; aktiviti-aktiviti siber melalui ruangan forum Internet di http://www.sim.org.my/ dan Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia; dan secara realiti melalui program-program yang tersusun seperti pertandingan bowling, ziarah kearah kebajikan dan lain-lain lagi.
SIM mengorak langkah yang proaktif dengan tertubuhnya Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dalam tahun 2006 bagi menjalankan program-program kebajikan terutamanya melibatkan anak-anak yatim, golongan miskin serta ibu-ibu tunggal.
MATLAMAT PENUBUHAN KOOPERASI
Setelah bergerak sekitar empat tahun, maka SIM memerlukan kepada suatu program yang lebih progresif, yang dapat memberikan perubahan kepada pertubuhan itu dan kepada ahli-ahlinya. Langkah menubuhkan KOPERASI SIM BERHAD ini merupakan suatu lonjakan paradigma yang dapat mengubah persepsi masyarakat serta menggunakan sepenuhnya kemajuan teknologi untuk manfaat semua.
Pertubuhan seperti SIM sememangnya berpotensi sebagai platform untuk meberikan nilai tambah kepada jati diri seseorang ahli masyarakat disamping mendapat perolehan dalam pelbagai bentuk; pesahabatan, ilmu, pendapatan dan sebagainya. Dengan memanipulasikan kemajuan taknolgi yang ada, SIM telah bersedia untuk menghadapi cabaran ke arah penambahbaikan pertubuhan ini. Tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan bahawa Koperasi ini merupakan perintis kepada penubuhan koperasi secara realiti dan siber.
Semestinya program-program yang dijalankan adalah terutamanya menjaga kepentingan ahli-ahli yang menjadi anggotanya tanpa sebarang kompromi.
TUJUAN & AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN
Koperasi yang dicadangkan adalah berbentuk Koperasi Asas, bakal ditubuhkan dibawah AKTA KOPERASI 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN (PINDAAN 2001).
Tujuan utama Koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah Pusat Khidmat Sehenti (One-stop Service Centre). Dengan yang demikian, Koperasi ini dapat memberikan khidmat yang proaktif kepada Anggota-anggota Koperasi serta Ahli-ahli SIM khasnya, serta bukan anggota amnya.
Tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi SIM Berhad, Koperasi ini dicadangkan dan, jika dipersetujui, bakal meceburi bidang-bidang berikut:-
(I) Kewangan - mengurus skim pinjaman kewangan melalui skim-skim pinjaman yang diluluskan oleh kerajaan kepada anggota-anggota dan bukan anggota;
(II) Insurans - menjalankan operasi skim insurans pelbagai yang diluluskan oleh kerajaan kepada anggota-anggota dan bukan anggota;
(III) Perkhidmatan –
a) menjalankan kegiatan sebagai agen komisi am;
b) menganjurkan atau membantu menganjurkan forum, pameran, ekspo dan seumpamanya bagi maksud komersil atau umum;
c) menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh membawa manfaat kepada anggota dan golongan pengguna di Malaysia;
(IV) Bimbingan, Pembelajaran & Maklumat -
a) Mewujudkan pusat kajian dan pembangunan bagi mendapatkan penambahbaikan terhadap hasil-hasil pertanian dan perladangan;
b) Menjalankan dengan sendiri atau secara usahasama dengan mana-mana orang atau badan-badan lain apa-apa kegiatan persidangan, seminar, latihan, bimbingan, bengkel dan penyelidikan berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat, motivasi, keusahawanan, teknikal, pengguna dan kepenggunaan kepada umum;
c) mewujudkan pusat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh koperasi;
(V) Pertanian & Perladangan – anggota-anggota berpeluang untuk menceburi bidang pertanian serta mendapat pemilikan secara bersama ke atas perusahaan-perusahaan pertanian yang bakal dilaksanakan;
(VI) Perdagangan Am –
a) Mewujudkan urusan perdagangan barangan pengguna dan barang-barang perkhidmatan yang secara umumnya berkaitan dengan penggunaan;
b) Mewujudkan dan menguruskan kedai, rangkaian kedai dan saluran jualan barangan pengguna di tempat-tempat yang mempunyai potensi pasaran;
c) Memajukan, membuat, membeli, mengimpot, menyewa, mengedar, memasar dan menjual alat, mesin, teknologi, dan apa jua bahan atau barangan;
(VII) Urusan Dalam Talian –
a) melaksana dan menjalankan operasi secara dalam talian dengan menggunakan kaedah internet dan apa-apa kaedah yang seumpamanya selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi;
b) Mewujudkan pasaraya siber yang menawarkan kemudahan peruncitan secara mesra pengguna sebagai kemudahan kepada semua pengguna internet;
(VIII) Hartanah – mengendali dan menjalankan urusan perdagangan hartanah tidak termasuk pembangunan;
(IX) Urusan Orientasi Pelaburan – mengurus, merancang dan melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan ke dalam entiti-entiti yang memberikan keuntungan;
(X) Menubuhkan Subsidiari & Cawangan – menubuhkan anak-anak syarikat subsidiari serta membuka cawangan-cawangan bagi memudahkan untuk memberi perkhidmatan kepada anggota dan pengguna-pengguna lain; dan
(XI) Usahasama – menjalin perhubungan serta menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.
MODUS OPERANDI
Badan pengurusan tertinggi Koperasi ini adalah oleh Lembaga Pengelola Koperasi dimana ahli-ahli anggota Lembaga ini dikenali sebagai Anggota Eksekutif Lembaga.
Bagi melaksanakan pengurusan dan pentadbiran operasi pula akan dilaksanakan oleh badan pengurusan diketuai oleh seorang Pengurus Besar. Beliau adalah bertanggung jawab secara langsung kepada Lembaga.
Operasi pula adalah dikendalikan oleh Pengurus-pengurus bahagian mengikut kepada bidang-bidang yang disebutkan diatas.
Buat permulaan, bidang-bidang tersebut akan diwujudkan dalam bentuk cawangan-cawangan yang tertentu.
PENUBUHAN SUBSIDIARI
Bilamana dan sekiranya perlu, Koperasi ini akan mewujudkan subsudiari-subsidiari sebagai usaha untuk mempelbagaikan program dan aktiviti perniagaan. Subsidiari-subsidiari yang dimaksudkan adalah hasil dari kenaikan taraf cawangan-cawangan dari bidang-bidang yang disebutkan di awalan
Penubuhan subsidiari-subsidiari berkenaan yang merupakan anak-anak syarikat Koperasi akan ditubuhkan sama ada secara milik penuh atau usahasama bersama entiti lain semesti tertakluk kepada mana-mana akta yang berkenaan. Walaupun mempunyai autonomi sesebuah syarikat sendirian berhad namun kepentingan pegangan syer majoriti mestilah menjadi milik Koperasi.
|
|
| Last Updated ( Saturday, 06 September 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|



